Perlembagaanmalaysiadansistem pemerintahanegara
Salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Sebelum memulakan atau memperkenalkan diri kami. Kami, Kumpulan 4 daripada Politeknik Kuching Sarawak, dibawah pimpinan Encik Nur Fakrulzee dalam subjek DUB1012 Pengajian Malaysia. Kumpulan kami terdiri daripada Lou Goudella(05DKM18F1008), Anthonio Garu anak Frankie(05DKM18F1005) dan Dylan Sibai (05DKM18F1047). Tajuk kumpulan kami iaitu Perlembagaan Malaysia dan Sistem Pemerintahan Negara menerangkan beberapa isu atau topik Perlembagaan Malaysia dan Sistem Pemerintahan Negara. Kami akan menerangkan beberapa topik tersebut dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembaca untuk memahaminya.
Topik yang pertama, kami ditugaskan untuk menerangkan sistem pemerintahan negara. Sistem pemerintahan negara merujuk kepada bahagian-bahagian yang setiap satunya mempunyai fungsi dan peranan. Struktur kerajaan boleh dirujuk kepada pemeringkatan dalam mana setiap bahagian beroperasi ke arah mengekal dan melicinkan lagi pentadbiran negara. Dalam setiap pemerintahan negara ini terdapat tiga badan utama iaitu pemerintahan (Eksekutif), perundangan (Legislatif) dan kehakiman (Judisiari).
Topik yang kedua, kami ditugaskan untuk menerangkan konsep demokrasi berparlimen raja berpelembagaan Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem demokrasi berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman, dan Pentadbiran. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan kepada sistem persekutuan. Sehubungan dengan itu ,ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa. Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Ciri-ciri demokrasi. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri. Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Perlembagaan.
- Pemerintahan Malaysia bercirikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan secara langsung menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
- Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
- Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
- Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara.
- Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.
- Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
- Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.
Struktur Perlimen Negara
Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:
- Yang Di-Pertuan Agong
- Dewan Rakyat
- Dewan Negara
Pengasingan Kuasa.
Doktrin Pengasingan Kuasa.
Mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara ahli falsafah kepada tiga buah badan yang bebas, iaitu:
- Eksekutif
- Legislatif
- Judisiari
Tujuan doktrin pengasingan kuasa ini adalah untuk:
- mengelakkan pertindahan bidang kuasa, iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa.
- mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu.
- membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan yang lain.
Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia
1. Doktrin pengasingan kuasa yang diambil oleh Malaysia berbeza daripada doktrin pengasingan kuasa kuasa asal.
2. Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.
.3. Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara, mempunyai kuasa tertinggi dalam badan eksekutif, badan legislatif dan badan judisiari.
4. Di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-anggotan kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Parlimen) yang menggubal undang-undang.
5. Di peringkat negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Dewan Undangan Negeri) yang menggubal undang-undang.
6. Beberapa ciri negara Malaysia adalah seperti berikut:
- mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak westminster)
- mempunyai raja berperlembagaan (Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong)
- mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri)
- mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
- mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan
Badan Eksekutif
- Secara ringkasnya eksekutif adalah badan yang menjalankan pentadbiran bagi sesebuah negara. Ia juga merupakan institusi politik yang mula-mula sekali diwujudkan berbanding dengan institusi lain. Ia penting, kerana institusi merupakan asas bagi semua bentuk sistem politik dan kerajaan yang menentukan arah dan halatuju kemajuan sesebuah negara. Eksekutif negara adalah nadi segala kegiatan politik. Walaupun jumlah anggotanya kecil, peranan serta kegiatan yang dimainkan olehnya adalah begitu banyak sekali. Di samping itu segala kegiatan dan tindakannya mendapat perhatian rakyat dan mempengaruhi kehidupan semua lapisan masyarakat.
Peranan Badan Eksekutif
1. Mentadbir Negara
Ini merupakan tugas utama dan tugas ini tidak boleh dijalankan sewenang-wenangnya kerana ia akan mengganggu pentadbiran negara. Pentadbiran negara dibahagikan kepada beberapa kementerian dengan setiap kementerian diketuai oleh seorang eksekutif. Bagi melicinkan lagi jentera pentadbiran, kementerian dipecahkan kepada beberapa jabatan yang mana ketua bagi setiap jabatan ialah pentadbir yang berkhidmat sebagai penjawat awam.
2. Perhubungan Diplomatik
Ketua eksekutif juga mewakili negara dalam mengadakan perhubungan dengan negara luar. Persidangan dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa biasanya akan dihadiri oleh Ketua Eksekutif atau wakil-wakilnya bersesuaian dengan persidangan yang dihadiri. Merekalah yang akan membincangkan masalah dunia atau masalah serantau. Perlembagaan begini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan politik malahan dapat meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
3. Badan Pengampun
Fungsi ini sebagai jalan terakhir bagi pesalah-pesalah yang biasanya menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup untuk mendapatkan keampunan. Di Malaysia, misalnya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan kesalahan seseorang.
4. Merangka Dasar Persekutuan
Dasar merupakan fahaman atau halatuju yang ingin digunapakai pihak pentadbiran. Jika terdapat percanggahan dengan sebarang dasar kerajaan, seseorang rakyat Malaysia tidak boleh dipenjarakan mahupun dikenakan tindakan undang-undang sivil. Pihak-pihak tertentu mungkin boleh menjadikannya ia sesuatu isu. Dasar boleh diubah oleh Menteri yang baru mengambil alih jawatan tersebut. Rang undang-undang pula hanya boleh dipinda, dimansuhkan dan diperkenalkan oleh Badan Legislatif. Contohnya Dasar Luar Malaysia. Semasa Tunku Abdul Rahman Ministry, dasar luar Malaysia adalah pro-Barat dan anti-Komunis. Apabila Razak Ministry, mengambil alih, Malaysia mengamalkan Dasar Luar Terbuka – buat pertama kalinya Malaysia menjalinkan hubungn diplomatik dengan negara-negara Komunis, khususnya Republik Rakyat China.
Badan Legislatif
Legislatif adalah antara jentera dalam amalan kerajaan demokrasi yang menggubal undang-undang dalam sesebuah negara. Mengikut Webstar’s Third New International Dictionary, dewan perundangan merupakan satu badan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang. Khususnya ia merupakan satu organisasi yang mempunyai kewibawaan untuk membuat undang-undang bagi sesuatu unit politik. Walau bagaimanapun antara satu negara dengan negara yang lain di dalam sesebuah negara moden pada hari ini tidak semua badan ini menjalankan fungsi yang sama. Ini bergantung kepada bagaimana perlembagaan negara itu dibentuk.
Tugas-tugan badan Legislatif
1. Membuat Undang - Undang
Ini adalah tugas utamanya. Tugas ini melibatkan proses yang rumit dan terdapat perbezaan dari segi proses di negara-negara yang dikemukakan. Di Jerman, rang undang-undang tidak boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif secara perseorangan, tetapi mestilah bergabung dengan faction (kumpulan yang terdiri dari lima belas orang). Dalam sistem demokratik pula, rang undang-undang boleh dikemukakan oleh mana-mana ahli legislatif.
2. Pentadbiran
Ia bertindak sebagai pengawas dan pemeriksa, untuk menolak pandangan awam terhadap tindakan-tinddakan kerajaan dan mengkritik mereka sekiranya didapati bersalah. Tugasnya juga memecat ahli-ahlinya, meluluskan kelayakan untuk ahli-ahlinya, mengemukakan tuduhan terhadap pegawai-pegawai awam atau mengadili kes-kes tudahan terhadap negara.
3. Kewangan
Badan ini menguasai dasar kewangan negara melalui pencukaian, pinjaman dan peruntukan. Segala perbelanjaan dan peruntukan yang diminta oleh eksekutif adalah di bawah pertimbangan badan perundangan untuk meluluskan atau tidak. Tugas ini lebih berkesan dalam sistem kabinet seperti di Britain, di mana belanjawaan diluluskan atau dibatalkan oleh badan perundangan.
4. Pengendalian Ketidakpuasan
Legislatif merupakan alat yang penting bagi masyarakat untuk mengeluarkan pendapatnya. Ini adalah fungsi penting dalam demokrasi sebagai kerajaan yang dikawal oleh pendapat umum.
Badan Judisairi
Kehakiman (kadang-kala juga dipanggil judisari)merupakan badan yang bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang undang. Badan ini juga dikenali sebagai sistem perundangan dan ahlinya terdiri dari para hakim dan majisteret yang biasannya dilantik oleh ketua negara masing-masing.Mereka juga biasanya menjalankan tugas di mahkamah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam menegakkan undang-undang.
Tanggungjawab Badan Kehakiman
1. Mengadili tindakan sivil
Badan kehakiman boleh meletakkan hukuman tertentu bagi kes yang dihadapkan dan dibicarakan di mahkamah , samada kes jenayah mahupun sivil , baik antara individu dan individu kerajaan. Mahkamah merupakan salah satu institusi badan kehakiman. Ianya terdiri daripada beberapa peringkat seperti Mahkamah Masjistret dan Mahkamah Tinggi. Rajah dibawah menunjukkan institusi mahkamah dari pelbagai peringkat melalui badan kehakiman :
2. Mengisytiharkan sesuatu undang-undang yang tidak sah
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem perlembagaan beraja (constitutional monarshy) . Ia bermaksud pembahagian kuasa dalam negara adalah berdasarkan kepada perlembagaan negara dan Yang Di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Oleh itu, badan kehakiman bertanggungjawab untuk memastikan serta mengisytiharkan apa sahaja undang-undang yang menglanggar perlembagaan negara sebagai tidak sah justeru , boleh membatalkan undang-undang tersebut.
3. Mentafsirkan Undang-Undang
Selepas rang undang-undang diperkenanakan oleh YDPA , undang-undang tersebut boleh dilaksankan oleh badan eksekutif. Oleh itu, badan kehakiman bertanggungjawab untuk menilai atau mentafsirkan undang-undang tersebut serta menetapkan hukuman yang setimpal kepada orang yang melanggar undang-undang tersebut.
Kesimpulannya, mempunyai perlembagaan dan sistem pemerintahan yang kukuh amat penting bagi memastikan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara. Begitu juga dengan hak asasi individu dalam sesebuah negara. Tetapi, sekatan perlu ada bagi setiap hak tersebut supaya individu tersebut tidak menyalahgunakan kebebasan yang telah diberi.
Kumpulan kami, iaitu kumpulan 4, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kami kepada individu yang terlibat secara lansung dan tidak lansung, terutama sekali kepada pensyarah kami, Encik Nur Fakrulzee atas segala bimbingan beliau sepanjang kami menyiapkan blog kami ini.






Comments
Post a Comment